Udang Masak Khamped ala Thai

Hidangan:

Persediaan:

Masa Memasak :

Video

Bahan-bahan

  • 1 kg udang

  • 4 ulas bawang putih *kisar

  • 2 biji lada besar *kisar

  • Cili padi (ikut tahap pedas) *kisar

  • 1 inci halia *kisar

  • 1 inci lengkuas *kisar

  • 4 senduk Puteri cili giling *

  • 1 peket pes tom yam

  • 6 sudu Puteri sos cili

  • 6 sudu Puteri sos tiram

  • 6 helai daun limau purut

  • 1 keping asam keping

  • Segenggam kacang panjang (dipotong)

  • 2 sudu gula

  • Minyak masak

Arahan

  1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar bertanda (*) sehingga wangi.

  2. Masukkan Puteri cili giling, pes tom yam, Puteri sos cili dan Puteri sos tiram. Tumis sehingga pecah minyak.

  3. Masukkan gula, perasa (jika guna), daun limau purut dan asam keping. Gaul sebati.

  4. Masukkan udang dan biarkan ia masak sehingga bertukar warna.

  5. Akhir sekali, masukkan kacang panjang. Kacau sekejap sahaja supaya masih rangup.

  6. Tutup api dan sedia dihidangkan.



Interested on order on bulk for your business need?

Please fill up the form below and our representatives will contact to you shortly


Job Application

Thank you for applying for our job. Please fill up the form and send the resume to us.