Resipi Rendang Ayam Pedas

Biryani
October 1, 2020
Resipi Bendi Goreng Bercili
October 1, 2020
Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk kisar halus:
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 3 ketul kunyit hidup
  • 2 SUDU BESAR CILI GILING PUTERI
  • 4 biji buah keras
  • 1 biji bawang merah
  • Bahan-bahan untuk rendang:
  • 1 ekor ayam, potong kecil
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 1/2 biji perahan pati santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2-3 keping asam gelugur
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Hirisan halus daun kunyit
  • Cara Penyediaan:
  • Kisar bahan-bahan untuk kisar halus, dan ketepikan
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar halus sehingga pecah minyak,dan naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan daun limau purut yang dicarikkan.
  • Masak lagi sehingga warna berubah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak.
  • Masukkan pula ayam, dan masak sehingga ayam kecut.
  • Masukkan pati santan, asam gelugur, dan kerisik. Masak sehingga kuah pekat.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Tabur dengan hirisan daun kunyit.