Bahan-Bahan:
Kulit Popia
Gam Tepung
Minyak Masak
Kentang / keledek kuning – dipotong dadu
Ayam / Daging Cincang
Bawang Putih
Bawang Kecil
Serbuk Kari
Daun sup
Daun kari
Garam, perasa, gula secukup rasa
Air secukupnya
Sos Cili/Tomato Puteri – untuk mencecah
Cara-cara penyediaan :
1. TUMIS INTI
Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
Masukkan serbuk kari tumis sampai pecah minyak.
Serbuk kari ni kalau bubuh lebih sikit lagi sedap.
2. MASUKKAN AYAM / DAGING
Seterusnya, masukkan ayam / daging yang dicincang dan kentang / keledek yang telah dipotong dadu.
Ayam dan daging ni ikutlah kuantiti agak-agak suka banyak mana.
Masukkan sedikit air bagi mengelakkan kentang hangus.
Masak sehingga kentang dan ayam / daging menjadi lembut.
3. PERASAKAN
Kemudian, masukkan daun kari dan daun sup dan gula dan garam secukupnya.
4. LIPAT SAMOSA
Sediakan gam tepung dulu sebelum melipat. (Tambah tepung dengan sedikit air)
Kemudian ambil kulit popia dan bolehlah mula melipat.
5. GORENG
Dah siap lipat samosa. Bolehlah panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.
Memang sedap makan panas-panas!