Biryani

Popiah Goreng Pedas
February 16, 2017
Resipi Rendang Ayam Pedas
October 1, 2020
Bahan-bahan diperlukan:
  • 1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
  • 1 tin kecil minyak sapi (ghee)
  • 1 tin susu sejat (susu cair pun ok)
  • 3 biji bawang besar, dihiris halus
  • -CILI GILING PUTERI
  • -5 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia* (*dikisar halus)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawing
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 4 biji buah pelage
  • 2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam bawang goreng
  • 1/2 cawan gajus

  • Cara menyediakan dan memasak:
  • Panaskan minyak sapi dalam periuk atau kuali. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti daun pandan dan bahan-bahan kisar tadi. Tumis hingga wangi. Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang. Masukkan dua sudu kecil cili giling Puteri.
  • Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa). Biarkan mendidih.
  • Tuang no.02 ke dalam periuk nasi dan masukkan beras yang telah disejat tadi, tekan "cook". Masak hingga nasi kering. Dengan menggunakan sudu (atau penyepit) buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan koma-koma. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.
  • Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus koma-koma. Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah. Seeloknya gunakan penyepit.
  • Boleh lah dihidangkan bersama lauk sampingan seperti dalca, ayam masak merah, paceri nanas, acar timun atau acar buah dan kurma ayam / daging atau mengikut selera masing-masing.