Popiah Goreng Pedas

Biryani
October 1, 2020

Popiah Goreng Pedas


Bahan untuk lekatkan kulit popia:
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Sedikit air

  • Bahan untuk Inti Popia:
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 1 biji sengkuang, potong memanjang
  • 1 batang karot, parut kasar
  • Sedikit biji kobis, cincang kasar
  • Sedikit taugeh
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar udang kering, tumbuk halus
  • Gula dan garam secukup rasa

  • Bahan untuk Sos Sira Pedas:
  • 2-3 sudu besar minyak masak
  • 1 ulas bawang putih, tumbuk halus
  • 1 ulas bawang merah, tumbuk halus
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili puteri
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar udang kering, tumbuk halus
  • Sedikit garam
  • Bijan, disangai atau goreng tanpa minyak

  • Cara Penyediaan:
  • Bancuh tepung bersama air sedikit demi sedikit sehingga menjadi pes yang pekat.
  • Ambil sekeping kulit popia. Sudukan inti popia dan balut dengan kemas.
  • Gamkan bahagian hujung lipatan dengan bancuhan tepung/gam.
  • Goreng sehingga kekuningan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  • Cara-cara untuk popia sos sira pedas:
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk halus sehingga kekuningan.
  • Masukkan cili kisar dan masak seketika sehingga pecah minyak.
  • Masukkan SOS CILI PUTERI gula dan cuka makan. Masak sehingga kuah pekat dan perasakan dengan garam secukupnya.
  • Apabila sos sudah masak, tuang popia goreng di dalam kuali dan kacau sos sehingga menyaluti semua permukaan popia. Pastikan popia digaul dengan cepat.
  • Angkat dan susun di atas pinggan. Taburkan dengan bijan untuk hiasan.